Saturday, February 7, 2009

Pengalaman Ngeri (Di Ceritakan Pada Saya)

Walaupun peristiwa itu berlaku setahun yang lalu,namun ia tetap menjadi pengajaran buat Hassan (Teman saya)agar lebih berhati-hati jika keluar lewat malam. Percaya atau tidak,pengalaman dia pernah terserempak dengan hantu langsuir ketika pulang dari menonton wayang membuatkan dia "bercinta" untuk keluar melebihi jam 12 tengahmalam.Ia berlaku ketika dia bersama 4 rakan nya sedang berjalan untuk pulang ke rumah selepas menonton wayang Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dia di Woodlans mereka rancak berborak tentang wayang gambar tadi.Lagipun mereka nak mengelakkan teman mereka yang memandu rasa mengantuk.Perjalanan melalui espresway yang sunyi membuatkan perjalanan mereka terasa amat jauh.Disebabkan seronok sangat berborak mengenai citer tadi,mereka tidak menyedari hujan mula turun.Jam di tangan pula menghampiri 2 pagi dan disebabkan lama-kelamaan hujan turun semakin lebat, mereka meminta agar teman mereka memperlahankan kelajuan kereta dan lebih berhati-hati.Maklum sajalah keadaan jalan yang licin dan boleh menyebabkan pelbagai pekara yang tidak diingini berlaku.Hassan mula menoleh kiri dan kanan espresway itu,kelihatan sangat sunyi tanpa kawasan perumahan.Di belakang pula kelihatan hanya dua buah kereta.Nasib baiklah espresway itu diterangi lampu,kalaulah gelap-gelita tentu mereka berfikir panjang untuk balik pada waktu sebegitu.Tiba-tiba mereka ternampak satu lembaga putih yang menuju ke hadapan kereta.Makin lama lembaga tersebut semakin dekat.Bulu roma dia tiba-tiba menegak dan mereka semua tergaman bila melihat rupa lembaga itu.Apa yang dia lihat lembaga tadi menyerupai ikan pari berekor panjang dan berbungkus.Oleh kerana tidak yakin dengan apa yang dilihat,sdia berkali-kali menggosok-gosok mata bagi memastikan apakah lembaga itu benar-benar wujud atau Cuma ilusi saja.Entah bila,tiba-tiba lembaga tersebut melekat di cermin kiri kereta dan betul-betul di sebelah dia.Menggigil dia dibuatnya dan dia cuba pejamkan mata.Teman-teman nya lain turut ketakutan lebih-lebih lagi hidung mereka menangkap bau yang begitu busuk.Dalam keadaan ketakutan itu,teman yang memandu tetap tenang memandu dan menambahkan kelajuan kereta sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran.Tapi disebabkan ketakutan yang amat sangat,segala ayat yang mereka baca lintang-pukang dibuatnya.Kes lemah semangat punya pasallah ni! Beberapa minit kemudian,lembaga tersebut menghilangkan diri.Mungkin terkena penangan ayat suci Al-Quran yang mereka baca.Sebaik saja sampai di carpark masing-masing dalam keadaan pucat lesi ekoran ketakutan dan terperanjat dengan peristiwa yang menimpa mereka.Hampir 10 minit mereka beerdiam diri tanpa sepatah kata.Apabila keadaan makin pulih barulah antara satu dari mereka membuka mulut dan bercakap mengenai kejadian aneh sebentar tadi.Katanya itulah hantu langsuir. Selalunya langsuir suka mengganggu orang yang lemah semangat dan yang paling disukai ialah menghisap darah wanita yang baru melahirkan anak.Tergamam masing-masing mendengar penjelasan dari dia. Lama juga mereka duduk di dalam kereta untuk menghilangkan rasa takut dan lemah semangat.Sejak dari kejadian tersebut membuat dia fobia untuk keluar hingga ke lewat malam.

No comments:

Post a Comment