Wednesday, February 4, 2009

Kemalangan Jalan Raya

Hmmm....tadi pagi sema a hendak ke opis,aku terperankap dengan kesesakan jalan raya.Dari Bt.Timah Plaza sampailah dekat sempang Commonwealth Ave.Aku tahu ini mesti ada KJR.Aku tak tahu kenapa tetapi semakin aku hampiri tempat berlaku nya KJR itu,jantung aku berdegup dengan cepat sekali.Setiba nya di sana aku terlihat sesusuk tubuh seorang anak gadis melayu dalam lingkungan usia 15 atau 16 tahun dengan pakaian seragam sekplah nya terlantar di atas jalan raya itu,sambil di dakapi seorang lelaki mungkin ayah beliau.Aku juga lihat 2 buah motosikal terdampar di tengah jalan raya itu,satu daripada nya dalam keadaan yang begitu teruk sekali seolah2 ia merempuh sebuah dinding.Ingin aku membantu tetapi keadaan tak mengizinkan kerana aku tidak mahu menambahkan lagi kesesakan jalan raya itu.Aku hanya berkata pada si ayah"bang suroh dia menyebut kalimah Allah"Itu saja yang sempat aku katakan.Tak tahu lah aku apa terjadi dengan gadis itu,mudah2an ia di dalam keadaan selamat.Semoga ia tegoh menempuh keadaan ini.Ini membuat aku terfikir dengan kebesaran ALLAH(SAW) dia yang memberi dan dia yang mengambil tak kira apa jua pon.kesenangan,kekayaan,kesihatan,kegembiaraan,kehidupan dan banyak lagi.Dengan sekelip mata sahaja Ia bolih mengambil balik semua itu,dan dengan sekelip mata sahaja kehidupan kita akan berubah.Aku kekadang mengeluh kerana selalu kekurangan,tapi aku lupa atas kelebihan yang di berinya pada ku seperti, aku ada rumah untuk berteduh,aku ada makanan untuk di suapkan ke mulut ku,aku ada kenderaan untuk membawa aku ke pejabat dan banyak lagi kurniaan Dia untuk aku.Dari itu jangan lah kita lupa untuk mengucapkan syukur atas pemberian nya,kerana bila2 masa aja dia akan mengambil nya semula

1 comment:

  1. Inna Lillahi Wa Inna Lillahi Roji'un...
    Bagai tersedar dari mimpi membaca kenyataan ini...

    ReplyDelete