Friday, February 27, 2009

Bomoh Cilik

Di Petik Dari Harian Metro
KUALA NERANG (Kedah)
Dia baru berusia tujuh tahun, namun seorang kanak-kanak lelaki di Felda Lubuk Merbau, dekat sini, menarik perhatian orang ramai terutama di daerah ini berikutan dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit misteri sehingga digelar 'bomoh budak'
Malah, penduduk setempat dan kawasan berhampiran mendakwa Muhammad Zainizul Iman Md Yusof seolah-olah dianugerahkan 'kuasa sakti' sejak sebulan lalu kerana mampu mengubati pelbagai penyakit yang dikatakan tidak mampu diubati perubatan moden.Lebih menakjubkan, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Merbau, dekat sini, itu hanya menggunakan pisau pemotong sayur, sebuah khemah khas di rumahnya selain berdoa ketika melakukan proses rawatan.
Kebolehan luar biasa anak bongsu daripada lima beradik itu menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang berpenyakit selain hadir hanya untuk melihat sendiri kaedah rawatan digunakan bomoh cilik berkenaan.

1 comment: