Wednesday, March 11, 2009

Di East Coast Park

Cerita ini telah di Email kan pada saya


This story took place in East Coast Park. There is a stretch of synthetic water barriers to prevent erosion to the shore(not breakwaters) beside the park where people water ski. It is located right beside the small bridge there and the barriers are rather steep with a small field of grass and small tress behind it.
I was eating at there with my girlfriend one day and we sat down on the edge of the coast with our legs hanging down from the synthetic barrier on that long stretch after dinner. It was a very windy night and while she’s hugging me, I closed my eyes to relax. When I opened my eyes, I saw a middle aged man who was wearing a outdated polo t-shirt and apparently standing on that steep slope (his lower body was not in my field of vision) staring at me with big yellow eyes and neat short combed hair from roughly 0.5 meters away from my face. I immediately jerked and pushed my girlfriend away but he was gone. Till now, I did not know whether or not is it just my hallucination but I never approached that shore again.

Tuesday, March 3, 2009

Hukuman Mati

TALI GANTUNG

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang palingbagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakankulit banduan yang akan digantung.Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90kilo selama 72 jam.Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi."Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya.Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel.Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, MahkamahPersekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi."Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh.
Bagi yang bukan Islam, waktu nya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak."Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokanharinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata Samuel.Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganyayang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggudi luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan."Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadiagresif sehingga ke saat-saat terakhir."Ada sesetengah banduan puashati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bilakita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu," katanya.Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir."Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya padahari hukuman."Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluarsembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka," cerita Samuel. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada harihukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18meter.Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyiansuasana penjara.Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluardari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyaratkepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jamdibiar tergantung."Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah."Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu," kata Samuel.Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah."Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadipenagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskanbahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

BERNAMA

Friday, February 27, 2009

Bomoh Cilik

Di Petik Dari Harian Metro
KUALA NERANG (Kedah)
Dia baru berusia tujuh tahun, namun seorang kanak-kanak lelaki di Felda Lubuk Merbau, dekat sini, menarik perhatian orang ramai terutama di daerah ini berikutan dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit misteri sehingga digelar 'bomoh budak'
Malah, penduduk setempat dan kawasan berhampiran mendakwa Muhammad Zainizul Iman Md Yusof seolah-olah dianugerahkan 'kuasa sakti' sejak sebulan lalu kerana mampu mengubati pelbagai penyakit yang dikatakan tidak mampu diubati perubatan moden.Lebih menakjubkan, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Merbau, dekat sini, itu hanya menggunakan pisau pemotong sayur, sebuah khemah khas di rumahnya selain berdoa ketika melakukan proses rawatan.
Kebolehan luar biasa anak bongsu daripada lima beradik itu menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang berpenyakit selain hadir hanya untuk melihat sendiri kaedah rawatan digunakan bomoh cilik berkenaan.

Friday, February 20, 2009

Cerita Asal:Ustaz Haron Ibrahim

Cerita ini saya petik dari internet
HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.


Gambar Hanya Hiasan

Saka

1. Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
2. Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
3. Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
4 .Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
5. Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
6. Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Antara jenis saka
7. Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
8. Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
9. Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
10.Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan 11. Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
12. Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
13.Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.



Toyol


Ibu Jari Kaki yang telah di hisap toyol

Monday, February 16, 2009

Burung Hitam (Di Ceritakan Olih Teman)

Kejadian seram ini pernah kualami beberapa tahun lalu diflatku di Bukit Batok. Pada malam terjadinya peristiwa itu, kurasakan bahawa keadaan sekitaran begitu sunyi dan tenang. Tiada kedengaran bunyi unggas atau cengkerik.
Aku rasa begitu sukar hendak melelapkan mata walaupun badan terasa letih dan lemah kerana menolong sahabatku berpindah pada siangnya.Bulan mengambang penuh pada pagi jumaat itu. Tiupan angin sepoi sepoi bahasa yang sesekali bertiup tidak lagi terasa.
Jam diding sudah menunjukkan 2.35 pagi, namun aku masih belum melelapkan mata. Ini mungkin kerana cuaca panas atau batuk kering ringan yang aku alami sejak dua hari lalu, Batukku berlarutan dan tekakku kerap terasa gatal. Aku bangun dari katil lantas menuju kejendela untuk berludah melegakan anak tekak. Setibanya dijendela, aku berludah keluar. Pada ketika itu, muncul seekor burung berwarna hitam terbang melintasi jendela flatku.
Aku yakin ludahku terkena burung yang terbang itu dengan tidak disengajakan. Benda bersayap itu mengeluarkan bunyi yang ngeri lagi menggerunkan seperti binantang buas apabila ia terlanggar sebatang pokok getah muda yang berdekatan lalu rebah. "Astaghfirullah...," aku beristighfar panjang, seolah olah tidak percaya apa yang aku lihat. Seluruh anggotaku terasa seram sejuk akibat terperanjat. Aku tidak berani menjenguk keluar tingkap. Aku kembali kekatil dan memaksa diriku untuk tidur. Akhirnya aku terlelap. Ketika tidur aku bermimpi sesuatu yang mengerikan. Aku didatangi lembaga hodoh. Kepalanya tak ubah seperti seekor kelawar, bertanduk dua seperti lembu, badannya bersisik dan berekor panjang. Salah satu tanduknya kelihatan luka parah akibat terlanggar sesuatu. Matanya yang merah membara, merenung tajam kearahku dengan penuh kebencian. Lembaga itu berlegar legar di luar tingkap cermin flatku yang separuh tutup itu. Ian kemudian mencakar cakar cermin itu membuat telingaku terasa nyilu. Lakunya seolah olah ia mahu masuk kedalam rumah. anehnya, apabila aku tersedar darpipada mimpi ngeri itu, aku terhidu bau busuk seperti bau bangkai.
Aku tidak memberitahu anggota keluargaku mengenai peristiwa itu. Selepas inciden itu, aku berjumpa doktor yang kemudian mengesahkan yang aku mengidap demam panas. Doktor memberikan aku suntikan supaya dapat mengurangkan suhu badanku dan menasihatiku agar berehat dan meminum air berlebihan. Namun, penyakitku muncul setiap kali senja menjelang dan ia berlarutan hingga ke subuh.
Hampir seminggu aku meracau mengalami mimpi seram yang berulang ulang itu. Perubahan diriku semakin lama semakin ketara. Aku mengidap demam panas yang berulang ulang. Batukku menjadi jadi dan hidungku sering berdarah. Ini berlaku setiap kali aku didatangi mimpi yang sama.
Keadaanku semakin hari semakin 'tenat'. Aku dibawa berjumpa beberapa orang doktor, bomoh dan sinseh, namun penyakitku tidak jugak sembuh. Bapaku turut berikhtiar. Beliau membacakan ayat suci al-Quran, berdoa dan memberikan aku minum air zam zam. Alhamdulilah, kesihatan aku beransur ansur pulih seperti sediakala dan aku tidak lagi diggangu oleh lembaga bersayap

Friday, February 13, 2009

Lagi Cerita Pocong


Berita ini saya di sebuah akbar dari malaysia,tak ingat pula akbar yang mana pertemuan pocong di sungai Johor.Bungkusan kain putih ini mengandungi batu nesan dan berbau kapur barus yang kuat. Dipercayai ianya satu ritual pelik yang tidak diketahui tujuannya. Mungkin ini kerja pengamal ilmu hitam dengan tujuan yang tidak baik.
Walahualam

Wednesday, February 11, 2009

Video menangkap Hantu Cina....

Aku terjumpa video ni di youtube...menarik juga. cuba lah anda lihat

http://www.youtube.com/watch?v=TFYTtVv_cQs

Hantu Cina...(Di Ceritakan Olih Teman yang tinggal di Everton Park)

Perkara pelik ini berlaku beberapa minggu lalu,kawan saya yang bertugas di sebuah kilang di jurong.Biasa lah sekarang kalau keje kilang mesti 12 jam.Z waktu tu keje shift pagi dari kul 6:30 pagi sampai kul 6:30 petang.
Seperti biasa dia akan keluar rumah pukul 5:00 pagi untuk menaiki transport keje.Sebaik saja Z membuka pintu pagi itu, dia ternampak ada nyoya yang memakai baju tidor putih dan rambut nya pula di ikat ke atas.sambil memerhatikan nyoya itu dia terperasan kenapa pula nyoya ini melompat dari satu pintu ke satu pintu.Lalu Z pon memangil suami nya untuk melihat nyoya itu.Setelah suami nya lihat nyoya itu dia pon terus menutup pintu dan menuruh Z supaya mengambil urgent leave sahaja.Setelah tenang baru lah suami nya memberi tahu Z yang dia lihat itu bukan nya manusia.
Keeoskan hari nya di kolong flat Z ada khemah menanda kan ada yang mati.Bila saja Z lalu di depan sana dan menoleh ke arah peti si mati itu alangkah terperanjat nya dia foto yang di lihat itu ada lah nyoya yang dia lihat semalam pagi.

Monday, February 9, 2009

Jenglot

Jenglot,atau KASABANDIA biasanya juga di sebut batara karang. Menurut cerita yang ada, jenglot pada masa ribuan tahun lalu adalah manusia yang tengah mempelajari ilmu Bethara Karang.
Ilmu Bethara Karang dipercayai sebagai ilmu keabadian. Artinya setiap orang yang memiliki ilmu tersebut akan hidup abadi di dunia. Namun, akibat kutukan, jasad jenglot tidak diterima di dunia sedangkan rohnya tidak diterima di akhirat.
Perawakannya kecil dengan tubuh tak lebih dari 12 cm dan rambutnya yang panjang, jarang dan kaku melewati kaki. Makhluk itu dinamakan jenglot. Kabarnya, jenglot itu bukan benda mati. Konon ia hidup, namun tak ada yang pernah tahu bila ia bergerak.Konon pula bolih membantu mengamankan pemiliknya dari segala macam bahaya.

Gambar ini menurut tuan punya,ialah gambar sebenar yang di ambil di rumah kakak nya yang suka dengan koleksi2 aneh

Saturday, February 7, 2009

Dalam Bas.....Di email kan pada saya



Kisah ini berlaku agak lama dulu...Sarwan seorang pekerja kilang di Jurong biasa lah kalau kerja kilang tentu ada shift.Waktu kejadian itu dia di tugas kan shift petang makna nya dari jam 3 petang hingga 11 malam.Tamat saja shift dia pon membersihkan dirinya lalu berjalan lah kuar utk menuju ke bas stop.Tiba saja di bas stop dia perasan tiada orang disana.Tanpa di sedari nya dia telah lewat ke bas stop itu kerana bersembang dengan rakan2 nya tadi.Nasib baik ada last bas kata dia di dalam hati.Tiba nya bas yang di nanti2kan dia pon menaik nya.Setelah membayar tambang dia pon menuju kedalam bas.Dia lihat ada seorang wanita berusia lewat 30an sedang duduk di bahagian tengah.Wanita itu memberikan senyuman pada dia.Dia membalas senyuman itu lalu duduk di bahagian sebelah wanita itu.Wanita itu agak peramah dengan mula berbual dengan nya.tiba2 duit syiling yang di pegang nya jatuh dari gegamam Sarwan.Lalu dia pon menunduk untuk mengambil nya.Alangkah terperanjat nya dia bila dia menoleh ke sebelah kanan dan lihat wanita itu tidak mempunyai kaki.Hampir pengsan....dia,dan berkata di dalam hati"Alamak dugaan apa kah ini"Lalu wanita itu pon bertanya "Enkau da tahu"?dan lalu Sarwan mendengar se ekor burung terbang menenbusi tingkap.Dengan pantas sarwan pon menuju ke bahagian depan bas dan bertanya pada pemandu bas,ada kah ia melihat yang berlaku.Pemandu itu hanya ketawa dan berkata"Aya.....lu duduk depan lah,apesal lu duduk belakang"Dan ke esokkan hari dia tidak dapat pergi keja kerana demam.

Pengalaman Ngeri (Di Ceritakan Pada Saya)

Walaupun peristiwa itu berlaku setahun yang lalu,namun ia tetap menjadi pengajaran buat Hassan (Teman saya)agar lebih berhati-hati jika keluar lewat malam. Percaya atau tidak,pengalaman dia pernah terserempak dengan hantu langsuir ketika pulang dari menonton wayang membuatkan dia "bercinta" untuk keluar melebihi jam 12 tengahmalam.Ia berlaku ketika dia bersama 4 rakan nya sedang berjalan untuk pulang ke rumah selepas menonton wayang Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dia di Woodlans mereka rancak berborak tentang wayang gambar tadi.Lagipun mereka nak mengelakkan teman mereka yang memandu rasa mengantuk.Perjalanan melalui espresway yang sunyi membuatkan perjalanan mereka terasa amat jauh.Disebabkan seronok sangat berborak mengenai citer tadi,mereka tidak menyedari hujan mula turun.Jam di tangan pula menghampiri 2 pagi dan disebabkan lama-kelamaan hujan turun semakin lebat, mereka meminta agar teman mereka memperlahankan kelajuan kereta dan lebih berhati-hati.Maklum sajalah keadaan jalan yang licin dan boleh menyebabkan pelbagai pekara yang tidak diingini berlaku.Hassan mula menoleh kiri dan kanan espresway itu,kelihatan sangat sunyi tanpa kawasan perumahan.Di belakang pula kelihatan hanya dua buah kereta.Nasib baiklah espresway itu diterangi lampu,kalaulah gelap-gelita tentu mereka berfikir panjang untuk balik pada waktu sebegitu.Tiba-tiba mereka ternampak satu lembaga putih yang menuju ke hadapan kereta.Makin lama lembaga tersebut semakin dekat.Bulu roma dia tiba-tiba menegak dan mereka semua tergaman bila melihat rupa lembaga itu.Apa yang dia lihat lembaga tadi menyerupai ikan pari berekor panjang dan berbungkus.Oleh kerana tidak yakin dengan apa yang dilihat,sdia berkali-kali menggosok-gosok mata bagi memastikan apakah lembaga itu benar-benar wujud atau Cuma ilusi saja.Entah bila,tiba-tiba lembaga tersebut melekat di cermin kiri kereta dan betul-betul di sebelah dia.Menggigil dia dibuatnya dan dia cuba pejamkan mata.Teman-teman nya lain turut ketakutan lebih-lebih lagi hidung mereka menangkap bau yang begitu busuk.Dalam keadaan ketakutan itu,teman yang memandu tetap tenang memandu dan menambahkan kelajuan kereta sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran.Tapi disebabkan ketakutan yang amat sangat,segala ayat yang mereka baca lintang-pukang dibuatnya.Kes lemah semangat punya pasallah ni! Beberapa minit kemudian,lembaga tersebut menghilangkan diri.Mungkin terkena penangan ayat suci Al-Quran yang mereka baca.Sebaik saja sampai di carpark masing-masing dalam keadaan pucat lesi ekoran ketakutan dan terperanjat dengan peristiwa yang menimpa mereka.Hampir 10 minit mereka beerdiam diri tanpa sepatah kata.Apabila keadaan makin pulih barulah antara satu dari mereka membuka mulut dan bercakap mengenai kejadian aneh sebentar tadi.Katanya itulah hantu langsuir. Selalunya langsuir suka mengganggu orang yang lemah semangat dan yang paling disukai ialah menghisap darah wanita yang baru melahirkan anak.Tergamam masing-masing mendengar penjelasan dari dia. Lama juga mereka duduk di dalam kereta untuk menghilangkan rasa takut dan lemah semangat.Sejak dari kejadian tersebut membuat dia fobia untuk keluar hingga ke lewat malam.

Thursday, February 5, 2009

Cik Pon

Tak tau lah if u all pernah dgr tis story. Nak share a story wif u guys,ada hamba Allah tu citer kat aku .I tink it baru juga happen abt a few a weeks ago, Civil Defence receive a call at 4 am saying that ada pompan nak terjun dari a flat.so dorang pon pegi la.. i tink kat tingkat 9 or so lah. dorang sampai and they saw lah pompan ni tgh bergayut pat tingkap dapor mcm nak lompat. so they cepat2 go to tat unit.so bila ketuk2, apek ni bukak pintu. they ask apek.. kau yg col ke? bini or anak pompan kau yg nak terjun ker . then apek blur.. "wa takde anak pompan or bini. wa tinggal sorang." mati2 apek taknak dorang kacau dia so apek pi lah dapor to satisfy budak2 CD ni to confirm ada org tak yg nk terjon dari tingkap dapor dia..tapi bila apek ni masuk dapor, dia tak keluar2.. lama tak keluar.. tak bersuara lak tu.. so Civil Defence officers pon masuk and tgk apek dah terlentang atas lantai..memang ada orang nak terjon dari tingkap dia.. tapi yg buat dia pengsan, bukan orang.. cik pon tgh bergayut. Hai Entah lah betul ke tidak ini(gambar hanya sisipan sahaja)


Wednesday, February 4, 2009

Burung Cenderawasih


AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.
Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.
Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.
Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.
Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.
Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.
Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.
Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.
Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya,Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.
Dipetik dari sebuah kitab lama. Jika anda berminat boleh mencetak fakta ini.

Kemalangan Jalan Raya

Hmmm....tadi pagi sema a hendak ke opis,aku terperankap dengan kesesakan jalan raya.Dari Bt.Timah Plaza sampailah dekat sempang Commonwealth Ave.Aku tahu ini mesti ada KJR.Aku tak tahu kenapa tetapi semakin aku hampiri tempat berlaku nya KJR itu,jantung aku berdegup dengan cepat sekali.Setiba nya di sana aku terlihat sesusuk tubuh seorang anak gadis melayu dalam lingkungan usia 15 atau 16 tahun dengan pakaian seragam sekplah nya terlantar di atas jalan raya itu,sambil di dakapi seorang lelaki mungkin ayah beliau.Aku juga lihat 2 buah motosikal terdampar di tengah jalan raya itu,satu daripada nya dalam keadaan yang begitu teruk sekali seolah2 ia merempuh sebuah dinding.Ingin aku membantu tetapi keadaan tak mengizinkan kerana aku tidak mahu menambahkan lagi kesesakan jalan raya itu.Aku hanya berkata pada si ayah"bang suroh dia menyebut kalimah Allah"Itu saja yang sempat aku katakan.Tak tahu lah aku apa terjadi dengan gadis itu,mudah2an ia di dalam keadaan selamat.Semoga ia tegoh menempuh keadaan ini.Ini membuat aku terfikir dengan kebesaran ALLAH(SAW) dia yang memberi dan dia yang mengambil tak kira apa jua pon.kesenangan,kekayaan,kesihatan,kegembiaraan,kehidupan dan banyak lagi.Dengan sekelip mata sahaja Ia bolih mengambil balik semua itu,dan dengan sekelip mata sahaja kehidupan kita akan berubah.Aku kekadang mengeluh kerana selalu kekurangan,tapi aku lupa atas kelebihan yang di berinya pada ku seperti, aku ada rumah untuk berteduh,aku ada makanan untuk di suapkan ke mulut ku,aku ada kenderaan untuk membawa aku ke pejabat dan banyak lagi kurniaan Dia untuk aku.Dari itu jangan lah kita lupa untuk mengucapkan syukur atas pemberian nya,kerana bila2 masa aja dia akan mengambil nya semula

Pocong


Tuesday, February 3, 2009

Gambar Aishah olih DJKC(Radio Ria)




Tadi aku tengok gambar Aishah di blog mj12 malam,makin aku tenong makain seramm...aku pulak tu tengah sorang2 kat opis.Huh remang bulu roma aku.da lah baik aku hentikan makin banyak aku nak ceritak kan makin remang bulu roma aku..Chauu!!!

Jin

Jin ni memang ada Tak kira la dlm batu cincin atau pun di rumah kita. Tanpa di sedari rumah kita ada mahluk lain yg kongsi ruang tamu atau bilik tidur kita. Rumah kalau rasa panas walaupun berkipas atau aircon,rumah yg bersererak,rumah yg penuh dgn cicak,sentiasa ada bunyi2 guli, bunyi kerusi meja di tarik,bunyi orang mengiling,rumah yg banyak patung2 atau mainan anak2 rumah yg jarang ada penghuninya.rumah tak pernah ada orang solat.Di dalam tandas yang kotor ini semua tempat memang makluk halus suka menghinap.Ada juga di antara kita yang masih membakar kemiyian di malam jumaat tanpa di sedari asap itu lah yang jadi santapan jin dan makluk halus yang lain.

Siapa Aku

Dari dulu lagi aku memang minat sangat dengan alam misteri.Entah kenapa aku pon tahu,tapi kalau ada apa2tentang alam ini pasti aku akan berikan penuh perhatian,tak kira lah kalau ia nya dalam bentuk buku,movie,Tv atau pon di radio.bagi anda yang seminat dengan aku pasti da tahu pasal misteri jam 12 malam bersama DJKC di radio ria.Rancangan yang setiap hari aku tunggu dengan setia.Syabas lah DJ KC kerana penyampaiyan nya sungguh menarik.Tak ramai DJ yang bolih membawa rancangan itu dengan baik sekali.